the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pesara rugi RM750,000 ditipu individu menyamar pegawai polis

Seorang pesara lelaki di Kota Tinggi kerugian RM750,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis melalui WhatsApp.

KOTA TINGGI: Seorang pesara lelaki di sini kerugian RM750,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mangsa berusia 60 tahun itu mula dihubungi suspek pada September lepas.

Suspek mendakwa nama mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Mangsa kemudian diarahkan menyerahkan dua kad ATM miliknya untuk membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

“Warga emas itu turut dijanjikan wang berkenaan akan dipulangkan selepas siasatan selesai,” kata Yusof dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian menyedari dirinya telah ditipu apabila wang yang dikeluarkan daripada akaunnya tidak dipulangkan semula.

Mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories