the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Platform X kawal selia Grok, janji kerjasama dengan kerajaan

Platform X sahkan ciri AI Grok dikawal selia untuk halang penjanaan kandungan lucah, komited bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan MCMC.

PUTRAJAYA: Platform media sosial X mengesahkan ciri kecerdasan buatan (AI) Grok telah dikawal selia untuk menghalang penyalahgunaan menjana kandungan lucah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pengesahan itu diberikan oleh wakil X bagi rantau Asia Pasifik dalam satu pertemuan di sini.

“Semua pengguna tidak lagi boleh melakukan penyuntingan gambar atau video untuk menghasilkan gambar atau video lucah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penjelasan lanjut akan diberikan dalam sidang Dewan Rakyat esok.

Fahmi berkata pihak X menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kerjasama itu termasuk dalam inisiatif Kempen Internet Selamat untuk memastikan platform lebih selamat.

“Di pihak pengurusan X, mereka menyatakan kesungguhan untuk pastikan platform X menjadi lebih selamat,” katanya.

Fahmi turut mengarahkan pasukannya mewujudkan jaringan kerjasama lebih erat dengan X.

Tujuannya adalah bagi memastikan persekitaran Internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga.

Beliau juga memaklumkan kadar permohonan penurunan kandungan di platform X berada pada 50%.

“Jumlah itu tidak terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan beberapa platform lain,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, MCMC mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada AI Grok di Malaysia.

Tindakan itu susulan penyalahgunaan berulang Grok untuk menjana kandungan lucah dan eksplisit.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata MCMC sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform X.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories