the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar akui isu legasi pengaruhi keputusan PRN Sabah

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui isu legasi pembangunan dan sentimen warisan mempengaruhi PRN Sabah, sambil menegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan masalah asas rakyat.

SINGAPURA: Pakatan Harapan menghormati keputusan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui isu legasi pembangunan dan sentimen warisan terhadap Persekutuan mungkin mempengaruhi kecenderungan pengundi.

Beliau berkata kerajaan telah menyalurkan bantuan besar bagi projek jalan raya, bekalan air dan elektrik.

Namun, beberapa projek masih belum disiapkan sekali gus menimbulkan keresahan rakyat dan persepsi yang menyalahkan Persekutuan.

“Walaupun bantuan telah disalurkan dalam jumlah besar, masalah masih wujud kerana beberapa projek belum selesai sepenuhnya,” kata Anwar pada sidang akhbar selepas sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 di sini.

Beliau menambah bahawa ini adalah isu legasi dan warisan yang perlu diperbaiki.

Pada PRN Sabah ke-17, Gabungan Rakyat Sabah meraih 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ia diikuti Parti Warisan (25), Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), UPKO (tiga), Parti Solidariti Tanah Airku (dua) manakala Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat serta PH masing-masing menang satu kerusi.

Anwar berkata isu asas seperti elektrik, air dan ketersambungan masih membelenggu rakyat di kampung, pedalaman dan kawasan bandar.

Keadaan ini menyumbang kepada persepsi bahawa Persekutuan kurang menunaikan janji pembangunan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan akan terus mempergiat libat urus bersama kerajaan negeri Sabah.

Kerajaan juga berusaha menyelesaikan isu pembangunan secara berperingkat.

Mengulas Perjanjian Malaysia 1963, Anwar berkata kerajaan sentiasa berusaha menyelesaikan isu pembangunan melalui rundingan pelbagai peringkat.

Rundingan itu termasuk dengan Raja-Raja Melayu, sambil mengambil kira sentimen rakyat terhadap warisan dan legasi negeri.

Beliau memaklumkan sebahagian tanggungjawab seperti pengurusan bekalan elektrik telah diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah.

Kerajaan Persekutuan pula menambah peruntukan RM1.2 bilion bagi memastikan projek kritikal dapat diteruskan.

“Apabila projek ini siap, kita berharap mudah-mudahan dia beralih (sokongan kepada kerajaan),” katanya.

Beliau menambah kerajaan akan terus komited menyelesaikan isu pembangunan dan perkhidmatan asas demi rakyat Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings