the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar mahu projek ECRL disegerakan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempercepatkan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Beliau berkata projek melibatkan laluan sepanjang 665 kilometer itu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan seimbang di antara kawasan-kawasan kurang membangun, termasuk melibatkan negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Sebab itu saya nyatakan kepada CCCC dan MRL supaya segerakan pelaksanaan projek ini dan kita akan beri segala kerjasama supaya pesatkan pertumbuhan dan kejayaan projek ECRL.

“Kita juga minta beberapa perhatian termasuk jaminan kontraktor, perunding, pembekal dari syarikat negara dan penyertaan Bumiputera selayaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak, yang turut dihadiri Perdana Menteri China Li Qiang.

Anwar berkata keseriusan kerajaan dalam mempercepat pelaksanaan projek itu, antara lain adalah bagi menjamin pembangunan lebih merata antara kawasan-kawasan kurang membangun.

“ECRL akan menjamin pertumbuhan rantau yang dianggap ‘kurang’ dari segi persaingan dan tidak punya keupayaan bersaing, melainkan kita sediakan prasarana cukup baik. Itu akan memberikan ruang supaya kita boleh menyaksikan pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri-negeri ini,” katanya.

ECRL sepanjang 665 km yang bermula dari Kota Bharu dan berakhir di Pelabuhan Klang akan melibatkan 20 stesen iaitu 10 stesen penumpang sahaja dan 10 lagi stesen yang menggabungkan pengangkutan barang dan penumpang.

Projek infrastruktur mega yang menjadi bukti hubungan dua hala kukuh antara Kuala Lumpur dan Beijing itu dijangka siap menjelang akhir 2026.

Sementara itu Anwar juga mahukan supaya MRL dan CCCC memastikan penyenggaraan projek ECRL dilaksanakan dengan cekap.

“Ketua Setiausaha Tan Sri Mohd Zuki Ali (Pengerusi MRL) bertemu CCCC dan pengurusan MRL semalam untuk benar-benar memberi tumpuan kepada keperluan bagi meneruskan dan mula merancang mengenai isu operasi dan penyelenggaraan.

“Salah satu kelemahan utama projek mega besar ini ialah keperluan untuk memastikan penyelenggaraan projek ini dilaksanakan dengan cekap dan tidak mengganggu kemajuan pembinaannya,“ katanya.

Anwar turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mempercepatkan penyiapan projek itu.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka terhadap usaha dalam melatih, memindahkan teknologi dan memberi peluang kepada pemain tempatan untuk didedahkan kepada teknologi terbaharu dan meningkatkan keupayaan mereka.

“Jadi sekali lagi terima kasih kepada semua profesional – jurutera, juruteknik dari China dan Malaysia. Pemimpin boleh merancang, membuat keputusan dan merangka dasar, tetapi kita mempunyai profesional yang komited, teknokrat dan pekerja seperti anda. Anda telah menunjukkan bahawa kita boleh melakukannya dengan lebih berkesan, dan dengan jayanya,” katanya.

Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Li, terhadap perbincangan mendalam antara mereka, yang menyentuh pelbagai isu, termasuk perdagangan, pelaburan, infrastruktur, pelancongan, budaya dan pendidikan.

“Saya percaya pada kadar kepesatan kerjasama semasa, perkongsian strategik komprehensif dengan China ini adalah sesuatu yang kita sanjungi dan akan mempamerkan bagaimana Malaysia dan China boleh menjadi rakan usaha sama yang hebat dalam bidang ekonomi dan semua aspek pembangunan manusia,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MSIG Hong Kong’s 2025 Claims Report Reveals Growth in Claims Settlement Ratio for Fifth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - MSIG Insurance (Hong Kong) Limited ("MSIG") today published its 2025 Claims Report, highlighting a fifth consecutive annual rise in its claims settlement ratio since 2020, strong performance across key classes, and new customer-focused travel innovations.

Nota Sign Integrates with Hong Kong’s iAM Smart, Enabling One-Stop Account Opening, Employee Onboarding...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Nota Sign, the global e-signature platform of Fadada (Shenzhen Fadada Internet Technology Company Limited), has officially integrated with iAM Smart, Hong Kong's official digital identity platform.

Swiss-Belhotel International Expands Bali Portfolio with the Soft Opening of The 5-Star Ashva Swiss-Belresort...

JAKARTA, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Swiss-Belhotel International continues to reinforce its strategic growth within Indonesia's premium hospitality market with the soft opening of the 5-star Ashva Swiss-Belresort Ubud Bali.

Jewel Cafe Expands in Singapore with New Dunearn Village Location Amid Gold Price Surge

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - As gold prices continue to hold near historic highs, a growing number of consumers in Singapore are taking a fresh look at the value of jewelry, branded goods, and precious metals they have held for years.

HiDream.ai Raises RMB 1.5 Billion Series C to Advance Native Omni-modal World Models

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 27 July 2026 - HiDream.ai, a global large-model AI technology company, has announced the completion of a RMB 1.5 billion Series C financing round.

NANO Nuclear Energy Selected by AFWERX for SBIR Phase I Award to Advance KRONOS...

New York, New York - Newsfile Corp. - July 27, 2026 - NANO Nuclear Energy Inc. (NASDAQ: NNE) ("NANO Nuclear" or "the Company"), today announced it has been selected by AFWERX for a SBIR Phase I contract focused on NANO Nuclear's KRONOS MMR™ Energy System to address the most pressing challenges in the DAF.

Dr. Gunther von Hagens, Inventor of Plastination & Creator of BODY WORLDS, Has Passed...

HEIDELBERG, GERMANY - Newsaktuell - 27 July 2026 - It is with deep sadness that the family and the Institute for Plastination announce the passing of Dr. Gunther von Hagens, inventor of Plastination and creator of the BODY WORLDS exhibitions.

First Phosphate Selected for “Filon” Fastrack Status with the Québec Ministry of Natural Resources...

Saguenay-Lac-Saint-Jean, Québec - Newsfile Corp. - July 27, 2026 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (OTCQX ADR: FPHOY) (FSE: KD0) ("First Phosphate") is pleased to announce that its Bégin-Lamarche igneous rock phosphate mining project has been selected for "Filon" support status with the Quebec Ministry of Natural Resources and Forests ("MRNF"), an initiative aimed at accelerating mining projects in Quebec.

Shanghai Commercial Bank Unveils New Look of West Point Branch Introducing Automated Safe Deposit...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 July 2026 - Shanghai Commercial Bank ("Shacom Bank") today unveiled the new look of its West Point Branch at Catchick Street, Kennedy Town, following a comprehensive upgrade.

Most Viewed

spot_img