the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar rasmi Mesyuarat AMMTC ke-19 ASEAN di Melaka

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di sini.

Beliau tiba di venue persidangan dan disambut oleh Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa rangkaian mesyuarat bermula dengan persediaan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) yang menghimpunkan pegawai kanan sebelum diteruskan dengan sesi utama peringkat menteri.

Mesyuarat kali ini dianggap signifikan memandangkan Pelan Tindakan ASEAN dalam Memerangi Jenayah Transnasional 2016-2025 bakal tamat hujung tahun ini.

Antara inisiatif utama yang dijangka dimuktamadkan termasuk penubuhan Kumpulan Kerja SOMTC mengenai pengubahan wang haram dan penerimaan Pelan Hala Tuju Kerjasama Pengurusan Sempadan ASEAN.

Para menteri juga dijangka memperakukan beberapa Deklarasi Pemimpin-Pemimpin ASEAN yang merangkumi aspek penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan dan pencegahan pengubahan wang haram.

Mesyuarat turut memberi ruang untuk mengukuhkan sokongan politik terhadap proses penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN.

Negara itu kini giat memuktamadkan langkah perundangan berkaitan Konvensyen ASEAN bagi Memerangi Keganasan dan Konvensyen ASEAN Menentang Pemerdagangan Orang.

Keahlian penuh Timor-Leste dijangka diputuskan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober depan.

Majlis perasmian turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman serta pengurusan tertinggi kementerian dan agensinya.

Melaka menjadi tumpuan rantau ini apabila menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan ASEAN berkumpul dari 8 hingga 12 September bagi menghadiri AMMTC ke-19.

AMMTC ke-19 diadakan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Tema ini mencerminkan komitmen negara untuk membina komuniti ASEAN yang lebih selamat dan makmur. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories