the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM rasmi R&R lestari pertama di lebuh raya Malaysia

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, yang merupakan R&R lestari pertama di lebuh raya negara ini.

Beliau berkata pembangunan R&R lestari pertama ini, merupakan permulaan penting terhadap arah tuju negara dalam menyantuni rakyat dengan memberikan keutamaan kepada kemudahan yang memanfaatkan mereka.

“Saya sudah lalu di lebuh raya berpuluh tahun, belum pernah ada (R&R) seindah ini dengan konsep lestari sebegini rupa. Rakyat Seremban dan Negeri Sembilan memang bertuah, ia satu permulaan yang baik bagi peniaga dan rakyat.

“Saya percaya ini menandakan satu permulaan penting dalam arah tuju negara kita, membangun tetapi memikirkan masalah rakyat di bawah, ini juga satu-satunya surau terbaik di R&R, menggunakan pengudaraan semula jadi, solar, air dan sebagainya, saya ucap terima kasih.

“Kemudahan hebat ini hanya ada di Seremban…kalau kita tekad untuk melakukan sesuatu yang baharu, lestari, insya-Allah kita boleh tingkatkan negara kita ke tahap lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan R&R itu, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Seri Hasni Mohammad dan Pengerusi PLUS Malaysia Berhad Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Perdana Menteri berkata konsep lestari ditampilkan di R&R berkenaan seperti penggunaan tenaga solar dan sistem penuaian air hujan, harus jadi permulaan penting dan contoh bagi semua lebuh raya di negara ini dan boleh diperluaskan di kawasan R&R yang lain.

“Menariknya ialah kelestarian solar di atas, air hujan untuk kegunaan bilik air dan tandas. Jadi saya tekankan di sini bahawa R&R Seremban Arah Selatan harus jadi permulaan penting bagi semua lebuh raya di negara kita, ini adalah contohnya,“ katanya.

Sementara itu, Nanta berkata, konsep R&R lestari berkenaan sangat dialu-alukan dan berharap ia dapat diperluaskan di tempat lain.

“Saya serahkan kepada syarikat konsesi lebuh raya memikirkan untuk buat kerjasama sebab ini semestinya beri keselesaan dan kepada rakyat,” katanya.

Pembangunan semula R&R Seremban arah selatan terletak di Kilometer 274.6 di antara Persimpangan Bertingkat Bandar Baru Nilai dan Bandar Ainsdale, melibatkan perbelanjaan berjumlah RM45 juta dibina bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat dengan mengambil kira pembangunan infrastruktur yang lestari.

Reka bentuk berwajah baharu ini juga telah memperoleh pensijilan Green Building Index (GBI) Gold Rating dan juga telah dibina semula dengan menggunakan bahan-bahan binaan lestari.

R&R tersebut merupakan yang pertama dilengkapi dengan teknologi hijau seperti panel solar, stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), sistem penuaian air hujan, mesin pengomposan sisa, tong kitar semula fabrik dan 3R, serta bekas pembungkusan biodegradasi.

Selain itu R&R berkenaan menawarkan medan selera yang hampir lapan kali ganda lebih besar berbanding asal dan boleh menampung lebih 500 pengunjung selain reka bentuk surau lebih selesa yang boleh menampung sehingga 150 jemaah lelaki dan 150 jemaah wanita.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings