the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia perkukuh perpaduan, tolak kebencian dan semai empati sempena sambutan Hari Krismas.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama sempena sambutan Hari Krismas.

Beliau berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyatakan Kerajaan MADANI percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama dan budaya saling memahami.

“Dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara,” katanya.

Beliau menegaskan perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara.

Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian yang akan meraikannya.

Beliau berharap sambutan itu membawa kedamaian, keharmonian serta kemakmuran kepada Malaysia dan seluruh rakyat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories