the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, October 11, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wong yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada Rabu malam, juga bercakap dengan Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

“Mereka menelefon untuk mengucapkan tahniah kepada saya atas peranan baharu saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ucapan itu. Saya berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau,“ katanya dalam hantaran di platform X.

Perdana menteri dalam ucapan sulungnya kepada negara, antara lain, berkata kerajaannya akan mengukuhkan perkongsian “dekat dan jauh” dan berusaha untuk berkawan dengan semua sambil memajukan kepentingan Singapura.

Pada hari pertama beliau memegang jawatan, Wong juga mempengerusikan mesyuarat Kabinet sulungnya.

“Kita mempunyai agenda penuh di hadapan. Tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda semua untuk membawa Singapura ke hadapan dalam fasa seterusnya,“ menurut beliau.

Wong dan Kabinetnya mengangkat sumpah pada Rabu malam, di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cristiano Ronaldo provisionally suspended after Portugal walkout

Cristiano Ronaldo has been provisionally suspended as the Portuguese football federation announced Saturday that it had opened disciplinary proceedings against the 41-year-old following his decision to walk out on the national team.

Big Apple Donuts & Coffee Opens Its 100th Store in Malaysia, Celebrates With RM1...

PUCHONG, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 10 October 2026 – Big Apple Donuts & Coffee, the donut and coffee brand born and grown in Malaysia, today opened its 100th store in Malaysia at IOI Mall Puchong, marking a major milestone in its 19-year journey.

Most Viewed

spot_img