the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
29.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis buru lelaki cuba beli emas RM30,000 guna wang palsu di Kuala Terenggganu

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang cuba membeli barangan kemas bernilai RM30,000 dengan wang palsu di sebuah kedai emas di Chabang Tiga.

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang cuba membeli barangan kemas bernilai RM30,000 dengan menggunakan wang palsu.

Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Chabang Tiga di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terenggganu ACP Azli Mohd Noor berkata suspek yang berusia lingkungan 30-an datang bersendirian ke kedai itu pada 3.10 petang.

Suspek memakai kopiah putih, bercermin mata hitam dan pelitup muka merah jambu.

Beliau berkata suspek meminta jurujual berusia 36 tahun untuk menunjukkan beberapa gelang emas.

Suspek mengambil gambar atas alasan mahu ditunjukkan kepada isteri sebelum menyatakan hasrat hendak membeli barangan kemas itu.

Azli berkata suspek keluar masuk kedai sebanyak dua kali sebelum membuat keputusan.

“Jurujual meminta suspek menyerahkan wang untuk dikira dan lelaki itu menyerahkan duit diikat bentuk bungkusan di dalam beg plastik kuning,” katanya.

Jurujual berasa curiga kerana bahagian tepi wang itu berwarna putih dan cuba memeriksa wang tersebut.

Insiden tarik-menarik berlaku antara jurujual dengan suspek.

Suspek yang menyedari taktik itu terbongkar bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Axia biru gelap.

Kenderaan itu berada di hadapan kedai emas berkenaan.

“Semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu palsu,” kata Azli.

Polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis terlibat serta kedai berhampiran untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan iaitu menggunakan wang palsu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories