the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari saksi warga asing untuk perbicaraan kes dadah di Butterworth

Polis sedang mengesan pemegang kad UNHCR untuk hadir sebagai saksi dalam perbicaraan kes dadah Seksyen 39B di Mahkamah Butterworth Januari depan

NIBONG TEBAL: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing untuk menghadiri perbicaraan kes dadah di Mahkamah Butterworth pada 5 dan 6 Januari tahun depan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata individu berkenaan ialah Mohd Ismail Wali Hussein.

Beliau merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian bernombor 512-05C00493.

Alamat terakhirnya ialah No.18 Tingkat Permata, 14000 Alma, Pulau Pinang.

Jay January berkata Mohd Ismail ialah saksi bagi perbicaraan kes bersangkut laporan Simpang Ampat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkenaan saksi tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS Inspektor Abdul Syakur Suhaibi di talian 014-8518671 atau balai polis berdekatan,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories