the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis: Kebakaran di Butterworth dilakukan anak mangsa

Polis percaya kebakaran yang meragut dua nyawa di Butterworth dilakukan anak lelaki mangsa, dengan kesan petrol ditemui di lokasi kejadian.

BUTTERWORTH: Polis percaya kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di sini pada 10 Disember lalu dilakukan oleh anak lelaki mangsa sendiri.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata siasatan mendapati terdapat unsur jenayah dan suspek dipercayai bertindak sendirian.

“Laporan bomba juga mendapati terdapat kesan petrol di dalam rumah itu,” katanya.

Motif sebenar suspek masih belum diketahui kerana dia masih menerima rawatan di hospital.

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.

Dalam kejadian pada 10 Disember itu, seorang wanita berusia lingkungan 50-an dan anak angkat perempuan lima tahun rentung selepas terperangkap dalam rumah.

Anak lelaki mangsa berusia 20-an cedera dihempap struktur bumbung yang runtuh.

Related

spot_img

Latest

Mahkamah tinggi sahkan kuasa penuh raja dalam pengampunan

Keputusan mahkamah tinggi dalam kes Najib Razak tidak mengurangkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri, tegas Jabatan Peguam Negara.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories