the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Kelantan buka semula lebih 100 kes along untuk siasatan

Lebih 100 kes along di Kelantan dibuka semula untuk siasatan selepas semakan semula, kes melibatkan ugutan teruk hingga mangsa fikir bunuh diri.

KOTA BHARU: Lebih 100 kes berkaitan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut pada tahun lepas telah dibuka semula untuk siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata tindakan itu diambil selepas semakan semula mendapati wujud elemen prima facie dalam kebanyakan kes berkenaan.

“Banyak kes melibatkan pinjaman wang dan ugutan termasuk ada kes mangsa pinjam RM40,000 tetapi dipaksa bayar balik hingga RM200,000,” katanya.

Beliau berkata kes itu memberi tekanan hebat kepada mangsa hingga ada yang terfikir untuk membunuh diri.

Kegiatan along di negeri ini turut melibatkan peminjam dalam kalangan penjawat awam serta individu berpendidikan.

Modus operandi ugutan lazimnya termasuk perbuatan conteng dan simbah cat di premis mangsa.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan samseng tempatan yang diupah oleh sindiket along dari luar Kelantan.

“Mereka (along) ini kebanyakannya bukan dari Kelantan tetapi dari Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan negeri lain,” jelas Mohd Yusoff.

Beliau berkata apabila masuk ke kawasan ini, mereka bekerjasama dengan kumpulan samseng tempatan dan mengupah mereka.

Di peringkat daerah, ada kes yang sebelum ini tidak dibuka untuk siasatan.

“Saya arahkan semakan semula dan jika ada prima facie, siasatan mesti diteruskan,” tegasnya.

Beliau mengarahkan agar kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 5(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Mengulas mengenai kes ugutan terhadap beliau baru-baru ini, Mohd Yusoff berkata polis telah mengambil keterangan empat lelaki tempatan.

Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibebaskan selepas dapat membuktikan alibi masing-masing.

“Siasatan masih diteruskan dari semua sudut termasuk kemungkinan mereka diupah oleh along,” katanya.

Beliau berkata setakat ini masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Mesej ugutan yang diterima dipercayai sengaja dicipta untuk menimbulkan tanda tanya.

Polis tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk kaitan dengan tindakan membuka semula kes along yang diambil sejak dua minggu lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories