the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 6, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis kesan pemilik kenderaan asing tutup plat isi RON95

Polis berjaya mengesan pemilik kenderaan asing yang didakwa mengisi minyak RON95 dengan menutup nombor pendaftaran, individu berstatus penduduk tetap itu kini berada di Singapura.

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata individu itu telah dihubungi untuk hadir ke bahagian trafik IPD Kulai bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita ingin menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengubah atau cuba menyembunyikan nombor pendaftaran kenderaan kerana menyalahi undang-undang,” katanya.

Tindakan itu tular dalam video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial yang memaparkan pemilik kenderaan plat Singapura sedang mengisi RON95.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas sebuah stesen minyak susulan aduan tersebut.

Tindakan KPDN diambil di bawah Pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ia disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan minyak Petrol RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories