the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis klasifikasi kes kematian ibu dalam pantang sebagai mati mengejut

KOTA BHARU: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, semalam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

“Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tertusuk di lehernya.

Kejadian berkenaan disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi yang kemudian menghantar mangsa ke Klinik Beris Panchor sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings