the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Melaka tumpas sindiket curi kabel, 13 ditahan

JASIN: Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kabel telekomunikasi di negeri ini selepas menahan 13 individu dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Merlimau.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 21 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 6 pagi ketika memotong kabel dari dalam lubang utiliti.

“Semasa ditahan, mereka cuba menyamar dengan memakai baju pantul cahaya syarikat telekomunikasi selain gagal mengemukakan sebarang dokumen atau arahan kerja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka bekerja di bawah arahan seorang lelaki yang dipercayai dalang utama yang masih bebas dan berada di Lembah Klang.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak kira-kira tiga bulan lepas yang bukan sahaja di Melaka, malah turut bergerak ke beberapa negeri lain.

Setiap individu terlibat menerima bayaran berdasarkan peranan masing-masing dengan jumlah kerugian akibat kegiatan ini dianggarkan bernilai 60,000 ringgit.

Dzulkhairi berkata ujian saringan air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Semakan rekod mendapati empat individu mempunyai rekod jenayah serta dadah lampau.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan bagi kegiatan itu termasuk sebuah jengkaut yang dipercayai disewa.

Turut disita empat kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan 167 batang kabel.

Barangan rampasan lain termasuk tujuh helai baju pantul cahaya keselamatan, dua topi keselamatan, mesin penyedut air, set jana kuasa elektrik, mesin gergaji, peralatan kerja kontrak dan lima keping kad pekerja palsu.

Kesemua suspek direman selama empat hari bermula Isnin hingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories