the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur

Seorang anggota polis koperal mengaku tidak bersalah di mahkamah atas tujuh pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur di Kangar.

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.

Muhammad Farhan Abdul Karim, 34, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan itu yang kini berusia 15 tahun di beberapa lokasi pada November 2024 serta antara Jun, Julai, September dan Oktober lepas.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah kenderaan Proton Waja milik pasukan Polis Diraja Malaysia berhadapan sebuah sekolah menengah.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama di tandas perempuan dan tandas lelaki sekolah tersebut, serta di sebuah hotel dan rumah di Taman Hijrah.

Muhammad Farhan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Muhammad Farhan diikat jamin berjumlah RM42,000 bagi kesemua pertuduhan itu.

Syarat tambahan termasuk tidak dibenarkan mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 20 Januari 2026 untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi.

Muhammad Farhan diwakili Peguam Hasnor Arysha Hamdan dan Nurul Hanani Che Nor.

Related

spot_img

Latest

Uni-Bio Science Joins Forces with WMU NERC and Ouhai District Government to Build Growth Factor Innovation Ecosystem and Accelerate Regenerative Medicine Strategy Layout

HONG KONG SAR - EQS Newswire - 30 December 2025 - Uni-Bio Science Group Limited ("Uni-Bio Science Group", "Uni-Bio" or "the Group") is pleased to announce the official signing of a tripartite strategic cooperation agreement in Wenzhou, Zhejiang, with the National Engineering Research Center for Cell Growth Factor Drugs and Protein Formulations of Wenzhou Medical University ("WMU NERC") and the People's Government of Ouhai District, Wenzhou.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories