the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis minta bantuan Interpol siasatan kes Zayn Rayyan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bantuan itu melibatkan maklumat yang telah diperoleh oleh pasukan siasatan yang memerlukan maklumat lanjut daripada pangkalan data Interpol.

“Kami ada minta bantuan daripada Interpol berkaitan pangkalan data mereka yang kami mempunyai beberapa maklumat walaupun tidak konklusif kami perlu maklumat lanjut dari pangkalan data berkenaan,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata pihaknya telah merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman Damansara Damai dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik.

Menurut Hussein, polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes berkenaan walaupun mempunyai bahan bukti yang terhad.

“Seperti semua tahu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan adalah tempat kejadian jenayah kedua dan berikutan itu kami mempunyai bukti fizikal dan keterangan yang terhad, kami masih lagi sedang mengesan lokasi pembunuhan,“ katanya.

Katanya proses siasatan kes berkenaan kini telah memasuki fasa ketiga iaitu pasukan forensik kini memberi tumpuan kepada unit tertentu di blok tertentu apartment berkenaan.

Beliau berkata sepanjang siasatan pihaknya turut menahan 12 individu bagaimanapun ia tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

“Siasatan masih dijalankan setiap hari di kawasan berkenaan, kami tidak akan berputus asa, akan teruskan siasatan hingga pelakunya ditahan, mungkin bukan sekarang tetapi kami yakin pelaku ini akan ditahan,“ katanya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings