the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Semenyih

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan Nor Adlina Hassan, 16, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dalma, Semenyih sejak Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dalma, Semenyih, Selangor.

Nor Adlina Hassan, 16, kali terakhir dilihat di rumahnya kira-kira jam 8 malam Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 40 kilogram.

“Remaja itu berambut lurus hitam dan mempunyai parut di pipi serta kelopak mata kanan,” katanya dalam kenyataan.

Ibu bapa Nor Adlina membuat laporan polis mengenai kehilangan anak mereka pada jam 7.40 malam semalam.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-89114222.

Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hafifi Noni di nombor 0116-7793860.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Intrepid Metals Closes Strategic 9.9% Investment

Intrepid Metals has closed a C$3.96 million strategic investment by Teck Resources, securing a 9.9% equity stake and funding a 24-month exploration and development program at the Corral Copper Project in Arizona.
spot_img

Popular Categories