the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis mohon saksi kemalangan kereta terjunam Sungai Panchor tampil

MUAR: Polis meminta mana-mana saksi kejadian kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, Pagoh di sini petang semalam tampil untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu Muhammad Husni Mahmud, 47, ditemukan kira-kira 10 malam dan mayat berjaya dikeluarkan daripada kenderaan itu pada 1.01 pagi tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa bekerja di sebuah kilang kayu di Batu Pahat.

Berdasarkan maklumat awal, seorang saksi warga emas berusia lingkungan 70-an yang berada di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian mendakwa melihat kereta itu berhenti di kawasan parkir di tepi sungai sebelum mendengar enjin dihidupkan dan kenderaan itu tiba-tiba bergerak ke dalam sungai.

Beliau berkata ketika ditemukan mangsa tidak memakai tali pinggang keledar dan berada di tempat duduk pemandu.

Buat masa ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk mengambil keterangan saksi-saksi di lokasi.

Terdahulu, kereta berwarna hitam yang dipandu mangsa dilaporkan terjunam ke dalam sungai berkenaan kira-kira 2.30 petang semalam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BBSB International Limited announces its subscription results Recorded approximately 10,745 times of over-subscription for its Public Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), an established civil engineering contractor in Malaysia, is pleased to announce the subscription results for its shares under the Public Offer and Placing.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories