the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis serbu makmal dadah sindiket antarabangsa, rampasan RM1.53 bilion

Polis bongkar makmal proses dadah sindiket antarabangsa di Lembah Klang, tahan enam individu dan rampaskan dadah bernilai RM1.53 bilion.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menahan enam individu warga asing dalam operasi itu.

Empat serbuan itu dilaksanakan pada Selasa lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 bilion.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terbabit menyewa sebuah banglo tiga tingkat di Cheras dan Sungai Chua, Kajang untuk aktiviti haram.

Dadah diproses dan disimpan di sebuah premis berasingan di Kajang sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.

Hasil serbuan, polis merampas 18,537 kilogram dadah jenis kokain, ketamin dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

“Kita percaya sindiket ini aktif sejak April lepas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejakat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Hussein berkata sindiket disyaki menggunakan pelbagai cara untuk mengedar dadah termasuk kaedah kontena dengan maklumat palsu.

Polis turut merampas tiga kereta, dua forklift dan sebuah lori dianggarkan bernilai RM389,000.

Tiga lelaki tempatan disyaki bertindak sebagai penjaga stor serta mengurus rumah dan premis makmal haram.

Tiga wanita warga asing yang ditahan ialah teman wanita mereka.

“Ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine,” katanya.

Seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Kesemua enam suspek direman tujuh hari hingga 23 Disember ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories