the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat kes lelaki dakwa ditumbuk Orang Besar Undang Luak Rembau

SEREMBAN: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki yang mendakwa ditumbuk oleh Orang Besar Undang Luak Rembau ketika menghadiri sebuah majlis berkaitan Adat, dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa berusia 64 tahun itu membuat laporan berhubung insiden itu pada jam 6.12 petang, hari yang sama.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Perintah Menjalankan Siasatan telah dipohon bagi menjalankan siasatan.

“Seramai 17 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan polis. Motif kejadian dipercayai akibat salah faham,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau sebarang spekulasi kerana siasatan lanjut masih diteruskan.

Difahamkan, majis berkenaan diadakan sebagai sebahagian proses mencari individu yang layak menjadi Undang Luak Rembau yang baharu susulan kematian penyandangnya Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman pada 15 Mei lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings