the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua lagi individu kes aksi wheelie di RNR Sungai Bakap

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis daerah Seberang Perai Selatan tahan dua lagi lelaki berkaitan aksi wheelie motosikal berbahaya di RNR Sungai Bakap, menjadikan lapan tangkapan.

NIBONG TEBAL: Polis menahan dua lagi lelaki berkaitan aksi menunggang motosikal berbahaya di kawasan rehat dan rawat (RNR) Sungai Bakap arah selatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata tangkapan susulan itu dibuat hasil risikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS.

Kedua-dua suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut.

“Ini menjadikan jumlah individu ditahan setakat ini lapan orang,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pada Jumaat lepas, polis mengesahkan menahan enam lelaki berusia 16 hingga 20 tahun.

Penahanan itu susulan rakaman tular berdurasi 13 saat yang memaparkan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) dan membunyikan ekzos kuat di stesen minyak RNR berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings