the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan empat suspek curi kabel bawah tanah TM di Kluang

Empat lelaki ditahan polis Kluang dalam dua serbuan berasingan kes curi kabel bawah tanah Telekom Malaysia, kerugian dianggarkan RM37,300

KLUANG: Polis menahan empat lelaki warga tempatan dalam dua serbuan berasingan membabitkan kes curi kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM).

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata serbuan pertama dilakukan di Jalan Bunga Raya, Kampung Melayu Kluang pada 4.30 pagi 2 November lalu.

Seorang lelaki berusia 30-an ditahan manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

Polis merampas sebuah kereta Mazda hitam, segulung tali kuning, lima unit pemotong kabel pelbagai saiz dan seunit manhole key.

Turut dirampas ialah tukul, kuku kambing, besi bengkok tajam dan batang besi berbentuk T yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel.

“Hasil soal siasat suspek mengaku tidak berjaya mencuri kabel di kawasan Masai selain merancang untuk melakukannya di Kluang,” kata Bahrin.

Siasatan mendapati suspek turut aktif mencuri kabel di Temerloh dan Kuantan, Pahang.

Dalam serbuan kedua di sebuah kebun pisang di Jalan Kluang-Renggam pada 28 November, tiga lelaki berusia 27 hingga 33 tahun ditahan.

Mereka dipercayai terlibat dalam empat kes kecurian kabel di daerah Kluang.

Polis merampas alat pemotong kulit kabel yang diubah suai, longgok dawai besi, kabel tembaga, dua guni dawai besi dan enam pisau pelbagai saiz.

“Siasatan polis juga mendapati kumpulan ini berjaya meraih keuntungan sekitar RM10,000 untuk kegiatan yang dilakukan,” jelas Bahrin.

Suspek mengakui aktif mencuri kabel sejak awal tahun dan menjualnya di kedai besi buruk sekitar Subang dan Kuala Lumpur.

Mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Nilai kerugian bagi kedua-dua kes dianggarkan RM37,300.

Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories