the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tiga lelaki, selesai 13 kes curi kabel

NIBONG TEBAL: Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pada kira-kira 4.25 pagi sepasukan polis dari Balai Polis Nibong Tebal yang sedang bertugas terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Triton yang dalam keadaan mencurigakan.

“Polis kemudian menghampiri kenderaan yang dinaiki tiga lelaki itu dan menahan kenderaan berkenaan untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan mencuri kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata semakan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 31 dan 33 tahun mendapati masing-masing mempunyai sembilan, 22 dan empat rekod lampau atas kesalahan jenayah serta dadah.

Beliau berkata dengan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes kecurian kabel di daerah SPU dan tiga di SPS.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kesemua suspek kini direman dua hari hingga Rabu bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings