the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tembak mati lelaki miliki lebih 20 rekod jenayah, dadah

PASIR PUTEH: Polis menembak mati seorang lelaki yang memiliki 24 rekod pelbagai jenayah lampau termasuk dadah di Jeram Pasu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah mengekori sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu lelaki tempatan itu dari Melor, Kota Bharu.

Beliau berkata susulan itu, pasukan JSJ telah membuat pintasan dan menahan kereta suspek di Jeram Pasu, lalu lelaki itu keluar dari keretanya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pasukan JSJ berbalas tembakan dengan suspek dan lelaki berkenaan mati ditembak di tempat kejadian di Jeram Pasu.

“Hasil semakan rekod mendapati lelaki berumur 31 tahun itu memiliki 17 rekod lampau pelbagai jenayah antaranya samun berkawan dan senjata api serta tujuh kes berkaitan dadah,“ katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Jeram Pasu, di sini hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings