the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis temui tiga bahan letupan IED di Nilai selepas insiden letupan

 Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan tiga IED di sebuah rumah berhampiran lokasi letupan di Nilai, suspek sedang dikesan

NILAI: Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan satu kejadian letupan di kawasan Desa Palma.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima laporan pada 7.08 pagi melalui panggilan Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG MERS 999).

Maklumat awal daripada saksi awam menunjukkan letupan itu berpunca daripada sebuah kereta.

“Susulan itu pemeriksaan dilakukan ke atas rumah berhampiran lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan di satu daripada rumah tersebut menjumpai tiga objek disyaki sebagai IED,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada jarak kira-kira 250 meter dari tempat kejadian, polis menemui kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan.

Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui beberapa peralatan termasuk bahan disyaki menjadi punca letupan.

Alzafny berkata usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories