the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpas dua sindiket penipuan dalam talian, tahan 24 suspek

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian dengan menahan 24 individu termasuk seorang warga tempatan menerusi dua serbuan berasingan minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata serbuan pertama dilakukan pada kira-kira 4 petang, 18 September lepas di dua unit kediaman di Lorong Binjai selepas menerima maklumat risikan mengenai aktiviti penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan mangsa di China.

Beliau menyatakan dalam serbuan itu, polis menahan 13 warga asing dan seorang warga tempatan terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berumur antara 18 hingga 45 tahun yang dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Pemeriksaan menemukan pelbagai peralatan digunakan untuk aktiviti penipuan, termasuk lima komputer riba, 23 telefon bimbit, satu set modem dan kad akses.

Sulizmie Affendy berkata serbuan kedua dilakukan di lima unit kediaman di Persiaran KLCC pada kira-kira 5 petang 19 September, selepas menerima maklumat kegiatan penipuan pelaburan mata wang kripto yang menyasarkan mangsa di Jepun.

Sebanyak 10 warga asing, iaitu sembilan lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 30 tahun ditahan dalam serbuan itu, manakala rampasan melibatkan lapan komputer riba, dua monitor, 16 telefon bimbit, dua set modem dan kad akses.

Beliau mengesahkan semua suspek kini sedang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua sindiket beroperasi di kondominium mewah yang disewa secara berkumpulan sejak awal bulan ini dan setakat ini tiada mangsa tempatan dikenal pasti.

Polis masih meneliti barangan kes yang dirampas bagi mengenal pasti jumlah kerugian dan transaksi yang dilakukan.

Sulizmie Affendy berkata walaupun sindiket itu menyasarkan mangsa luar negara, orang ramai khususnya penduduk kondominium mewah di ibu negara diminta menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesyaki kehadiran warga asing dalam jumlah besar yang mencurigakan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

First ECRL trains to arrive in Kuantan by December end

The first shipment of ECRL trains, including passenger and freight units, is scheduled to reach Kuantan Port by late December, marking a key milestone for the RM50 billion project.

Most Viewed

First ECRL trains to arrive in Kuantan by December end

The first shipment of ECRL trains, including passenger and freight units, is scheduled to reach Kuantan Port by late December, marking a key milestone for the RM50 billion project.

AWC posts steady Q1 revenue at RM97.6m, expects momentum to strengthen in coming quarters

AWC Bhd reported a 3.4% year-on-year increase in revenue to RM97.6 million for the first quarter of FY26, driven by stronger contributions from its engineering division. Net profit, however, eased to RM4.1 million due to slower project progress in the Middle East under the environment division. Despite the softer start, the group remains optimistic, backed by RM270 million in new contract wins for FY26 and a robust order book of RM528 million, positioning AWC for improved performance in the months ahead.

Trend Micro Predicts 2026 as the Year Cybercrime Becomes Fully Industrialized

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 November 2025 - Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), a global cybersecurity leader, today released its annual Security Predictions Report for 2026, warning that the coming year will mark the true industrialization of cybercrime.
spot_img

Popular Categories