the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden Filipina akan lawat as selepas tarif 20 peratus diumumkan – Kementerian Luar

MOSCOW: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. akan mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai tarif 20 peratus ke atas semua import dari negara itu, menurut Kementerian Luar Filipina pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Negara AS untuk memuktamadkan butiran lawatan ini. Maklumat lanjut akan dikongsi sebaik sahaja dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

Lawatan itu dijadualkan pada 20 hingga 22 Julai. Bagaimanapun, Kementerian Luar Filipina masih belum mengesahkan sama ada pertemuan antara Marcos Jr. dan Trump akan diadakan.

Pada 9 Julai, Washington mengumumkan pelaksanaan tarif 20 peratus ke atas barangan Filipina, berkuat kuasa 1 Ogos. Sebagai tindak balas, Duta Filipina ke AS Jose Manuel Romualdez berkata Manila berhasrat untuk memohon semakan semula keputusan tarif itu.

Pada 2 April, Trump telah menandatangani perintah eksekutif mengenakan tarif timbal balik 10 peratus ke atas import, dengan kadar lebih tinggi ke atas 57 negara bermula 9 April, berdasarkan defisit perdagangan AS.

Selepas lebih 75 negara memilih untuk berunding berbanding bertindak balas, kadar asas 10 peratus dikenakan untuk tempoh 90 hari sehingga 9 Julai.

Dua hari sebelum tarikh akhir itu, Trump memanjangkan penangguhan tarif lebih tinggi sehingga 1 Ogos, namun memaklumkan beberapa negara bahawa kadar tarif lebih tinggi akan dikenakan bermula tarikh itu – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings