the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
26.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Projek jambatan Nanga Gaat pacu pembangunan infrastruktur Baleh

Projek jambatan dan jalan akses di Nanga Gaat dijangka jadi pemangkin ekonomi, memudahkan pergerakan penduduk pedalaman Baleh dan mengurangkan kebergantungan pada pengangkutan sungai

KAPIT: Projek Jambatan di Nanga Gaat serta jalan akses ke Rumah Tungku, Sebiro, Sungai Gaat adalah inisiatif penting kerajaan untuk memperkasakan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman Baleh.

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak berkata kawasan Baleh dan Sungai Gaat tidak pernah diketepikan dalam agenda pembangunan.

Beliau berkata setiap perancangan serta pelaksanaan projek sentiasa dipantau rapi bagi memastikan manfaat sebenar dapat dinikmati rakyat di kawasan pedalaman.

“Projek ini dijangka menjadi pemangkin utama atau game changer kepada penduduk Sungai Gaat, khususnya dalam memudahkan pergerakan harian, merancakkan ekonomi setempat serta menyediakan kemudahan infrastruktur asas lebih baik,” katanya.

Wilson yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang mengadakan lawatan tapak serta menghadiri mesyuarat projek berkenaan semalam.

Projek itu melibatkan jajaran dari Rumah Nyamok ke Puro dan dilaksanakan melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA).

Beliau berkata pembinaan jambatan dan jalan akses itu akan mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap pengangkutan sungai dan jalan tanah.

Jalan tanah sebelum ini menjadi laluan utama perhubungan di kawasan tersebut.

Wilson menekankan pembinaan jalan masuk ke semua rumah panjang adalah penting.

Ini supaya pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh dan inklusif oleh penduduk setempat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories