the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pusat penamaan calon PRK Kinabatangan, Lamag siap lancar

Persiapan pusat penamaan calon PRK Kinabatangan dan DUN Lamag di peringkat akhir, dengan pelan kontingensi untuk cuaca buruk

KINABATANGAN: Persiapan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag berjalan lancar dan kini di peringkat akhir.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata persiapan di Dewan Sri Lamag tertumpu kepada susun atur pusat, protokol keselamatan, dan aspek teknikal.

Beliau menasihatkan calon agar mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan kelancaran proses.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan akan diadakan esok bermula 9 pagi dan ditutup sejam selepas itu.

Mengenai cuaca tidak menentu yang mungkin menjejaskan perjalanan hari pengundian, Eddy Syaizul Rizam berkata pihaknya telah bersiap siaga dengan pelan kontingensi.

Langkah termasuk penggunaan helikopter untuk logistik jika jalan darat terputus.

Alternatif menggunakan bot atau kenderaan darat akan digunakan sekiranya helikopter tidak dapat beroperasi.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 20 pusat mengundi akan ditutup lebih awal pada 24 Jan.

Antara pusat yang ditutup awal ialah Sekolah Kebangsaan Sri Ganda di DUN Sukau dan SK Inarad di DUN Kuamut pada pukul 12 tengah hari.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan.

Hari pengundian ditetapkan pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories