the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rafizi: Kementerian Ekonomi akan muktamadkan pelan hala tuju peralihan tenaga dalam masa 3 bulan

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan Dasar Tenaga Negara kepada projek peralihan tenaga yang bakal diterajui syarikat besar, sederhana, dan kecil, dalam tempoh tiga bulan lagi.

Menterinya Rafizi Ramli berkata sasaran Malaysia untuk beralih dari tenaga sedia ada ke tenaga hijau merupakan agenda strategik yang mampu mencipta pekerjaan baharu yang bernilai tinggi, selain memenuhi tanggungjawab global negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah berkaca (GHG).

“Keperluan untuk mematuhi standard hijau sedunia semakin meningkat dan industri Malaysia harus memenuhi syarat dan piawaian hijau untuk kekal berdaya saing sebagai negara perdagangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, Malaysia secara rasmi telah menyertai Asia Zero Emission Community (AZEC), blok tenaga yang terdiri dari Jepun, Australia, dan negara-negara ASEAN kecuali Myanmar.

“AZEC merupakan inisiatif baharu bagi memacu peralihan tenaga daripada sumber hidrokarbon kepada sumber tenaga bersih dan tenaga boleh baharu (TBB) serta aspirasi sifar bersih pelepasan GHG yang lebih signifikan.

“Konsep AZEC ketika ini adalah lebih bertumpu kepada kerjasama dan bukan instrumen perundangan yang mengikat,” kata Rafizi.

Menurutnya, kerjasama yang dijalin melalui AZEC mampu membuka peluang kepada Malaysia untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dan pembiayaan hijau supaya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat negara.

Pada 4 Mac lepas Rafizi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Peringkat Menteri AZEC 2023 di Tokyo, Jepun, yang turut disertai para pegawai daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Luar Negeri, Petroliam Nasional Bhd dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH candidate undaunted by Machap challenge against Johor MB

Nur Hafiz Roslan, the Pakatan Harapan candidate for Machap, remains unfazed by facing Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, citing political history as proof no seat is unbeatable.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings