the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rancangan realiti TV Innovathon ketengah ciptaan teknologi rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Satu rancangan realiti televisyen yang membolehkan inovator tempatan daripada pelbagai peringkat mengetengahkan idea dan hasil ciptaan teknologi dan inovasi mereka kepada rakyat Malaysia, bakal disiarkan tidak lama lagi.

Rancangan dinamakan Innovathon yang dihasilkan dengan inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menawarkan hadiah wang tunai serta pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta kepada peserta.

MOSTI dalam kenyataan hari ini memaklumkan rancangan yang akan disiarkan di Astro itu antara lain diadakan bagi membolehkan inovator tempatan mencari potensi untuk mendapatkan pelaburan dalam pengkomersialan produk inovasi mereka.

“MOSTI yakin pelaksanaan program ini akan melonjakkan lagi pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di semua peringkat seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat teknologi serta usahawan berdaya cipta selari dengan aspirasi Malaysia MADANI seterusnya menjadi pelengkap kepada ekosistem teknologi tempatan.

“Ia secara tidak langsung akan meningkatkan juga percambahan syarikat-syarikat pemula (startup) dan perkembangan ekosistem startup tempatan,” menurut MOSTI dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebanyak enam sesi uji bakat akan diadakan di seluruh Malaysia bagi mencungkil bakat inovator sedia ada sebelum dibimbing serta dibantu oleh mentor-mentor yang berkelayakan dalam ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi sepanjang episod mingguan berlangsung.

Rancangan itu akan disiarkan sebanyak lapan episod melibatkan 56 peserta yang melepasi proses saringan di sesi uji bakat yang dijalankan.

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang serta had umur dan peserta hanya perlu menyediakan klip video berdurasi satu minit dan menghantarnya melalui e-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 7 Mei 2023.

Majlis prapelancaran Innovathon dilakukan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di sini semalam dengan turut dihadiri Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Dr Aminuddin Hassim. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings