the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Reman suspek kes letupan di Nilai disambung 7 hari

Reman suspek lelaki 62 tahun dalam kes letupan IED di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

SEREMBAN: Reman terhadap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma, Nilai telah disambung selama tujuh hari bermula esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata perintah reman terhadap suspek berusia 62 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek itu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 27 Disember lepas berhubung kejadian letupan yang berlaku pada pagi 22 Disember.

Beliau ditahan dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Polis percaya suspek mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan.

Keyakinan itu berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories