MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri, Putrajaya dan Labuan sehingga jam 7 malam ini.
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri, Putrajaya dan Labuan sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk itu pada jam 3.45 petang.
Di Perak, amaran melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan, amaran dikeluarkan untuk Jeli dan Kuala Krai, manakala di Negeri Sembilan ia melibatkan Port Dickson.
Di Pahang, kawasan terjejas ialah Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Di Selangor, amaran merangkumi Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Di Johor, daerah terlibat ialah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sarawak, amaran melibatkan banyak daerah termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda bahagian Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.
Daerah spesifik di Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.








