the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribut petir dan hujan lebat landa enam negeri hingga petang ini

MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 4 petang ini.

Negeri-negeri yang terjejas termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang serta Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Sik dan Baling.

Di Pulau Pinang, cuaca buruk melibatkan daerah Barat Daya serta Timur Laut.

Kawasan di Perak yang terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Di Pahang, cuaca buruk diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron.

Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman khususnya Beaufort.

Di Sarawak, kawasan terjejas meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei serta Mukah.

Daerah Pakan, Sarikei dan Meradong di Sarawak juga dijangka mengalami cuaca buruk.

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca ini untuk makluman dan persediaan orang ramai. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Chris Colahan to Join Chubb as Head of Commercial Property & Casualty, Asia Pacific

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - Chubb announced today the appointment of Chris Colahan as Head of Commercial Property & Casualty, Asia Pacific, effective 9 February 2026.

SEAX Global Acquires Major Stake in Interlink Telecom to Accelerate ASEAN Expansion

SINGAPORE/KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 13 December 2025 - SEAX Global (“SEAX”), a leading wholesale connectivity provider in Southeast Asia, today announced it has acquired a major stake in Interlink Telecom Public Company Limited (“ITEL”), a prominent Thai fixed network telecommunications provider.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories