the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 23, 2026
19.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Roblox jamin tingkat keselamatan selepas pertemuan Hannah Yeoh

Roblox berjanji tingkat keselamatan dengan AI dan pemantauan manusia selepas Hannah Yeoh bimbang keselamatan kanak-kanak pengguna platform

KUALA LUMPUR: Roblox memberikan jaminan untuk meningkatkan tahap keselamatan melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan dan pemantauan manusia.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Roblox turut memaklumkan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia terutama dalam perkongsian data dan pematuhan peraturan.

Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak kepada pihak Roblox menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Hannah berkata dunia digital perlu bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang.

Beliau turut memuat naik gambar pertemuannya bersama pihak Roblox dalam hantaran tersebut.

Platform Roblox kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia termasuk lebih satu juta di Malaysia.

Dengan capaian sebesar ini tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga seorang ibu Hannah Yeoh risau bagaimana sesetengah permainan dalam talian boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak.

Pada Sabtu lepas seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun parah dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah Batu Pahat.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati abang mangsa mungkin mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainnya terganggu dan semua point dikumpulnya hilang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories