the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

RUU Imigresen 2025 wajibkan maklumat penumpang, kamera badan untuk AKPS

RUU Imigresen 2025 mewajibkan pengendali pengangkutan serah maklumat penumpang dan pegawai AKPS pakai kamera badan untuk tingkatkan kawalan sempadan.

KUALA LUMPUR: Pengendali kapal laut, pesawat udara dan kereta api yang tiba di Malaysia akan diwajibkan mengemukakan rekod nama dan maklumat penumpang.

Peruntukan itu termaktub dalam Rang Undang-Undang (RUU) Imigresen (Pindaan) 2025 yang diluluskan di Dewan Negara hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kegagalan mengemukakan rekod atau penyediaan maklumat palsu merupakan suatu kesalahan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua.

RUU itu juga memperuntukkan pemeriksaan terhadap pengangkutan bagi menentukan kehadiran orang lain.

Ia turut mewajibkan pemandu kereta api berhenti di pintu masuk yang dibenarkan.

Shamsul Anuar berkata proses kemasukan dan pelepasan dapat dijalankan dengan lebih telus.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengukuhkan pemantauan bagi kaunter manual.

Semua pegawai Agensi Kawalan Sempadan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diwajibkan memakai kamera badan ketika bertugas.

Kaunter pula akan dipantau dengan kamera litar tertutup yang dilengkapi analisis video berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, langkah itu dapat mengesan tingkah laku mencurigakan lebih awal.

Ia sekali gus menutup ruang untuk amalan tidak berintegriti.

KDN kekal komited melaksanakan kawalan dan pemeriksaan ketat di pintu masuk negara.

Dewan Negara hari ini turut meluluskan RUU Pasport (Pindaan) 2025.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

PAObank Launches “Money Safe” Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 9 January 2026 - PAO Bank Limited ("PAObank") has upgraded the "Money Safe" feature, further safeguarding customers' deposits.
spot_img

Popular Categories