Thursday, October 30, 2025
31.4 C
Malaysia
spot_img

RUU Tribunal Antibuli fokus kepada usaha pemulihan semua pihak

The Sun Webdesk

RUU Tribunal Antibuli akan memberi tumpuan kepada pemulihan mangsa dan pelaku, bukan hukuman, kata Ketua Pengarah BHEUU JPM.

JITRA: Rang Undang-Undang Tribunal Antibuli akan memfokuskan kepada usaha pemulihan semua pihak yang terlibat dalam kes buli.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Misman berkata pendekatan pemulihan bukan sahaja melibatkan mangsa, malah pelaku sendiri.

Beliau menegaskan fokus RUU ini bukan kepada hukuman tetapi lebih kepada pemulihan.

Zamri berkata sesi libat urus hari ini merupakan yang ke-12 dan terakhir sebelum semua intipati yang diperoleh dibawa kepada Kabinet untuk dipertimbangkan.

“Kita telah pergi lebih 3,000 orang dalam sesi dialog awam melibatkan RUU ini dan menerima sambutan yang bagus,” katanya.

RUU itu bukan sahaja terhad kepada kes buli dalam kawasan sekolah, malah turut melibatkan kejadian di luar premis berkenaan.

“Sekiranya buli berlaku di luar kawasan sekolah, misalnya di kawasan perumahan, mangsa boleh membuat aduan terus kepada Tribunal Antibuli,” jelasnya.

Di peringkat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Pesuruhjaya Kanak-Kanak akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mewujudkan platform aduan kes buli mesra kanak-kanak.

“Mengenai pejabat, setakat ini cadangan Tribunal Antibuli adalah di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia masih belum dimuktamadkan,” tambah Zamri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img