the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah mahu pelajar ceburi pendidikan STEM, capai sasaran 40% menjelang 2025

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mahu sebahagian besar populasi pelajar sekolah di negeri itu menceburi pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan sasaran 40 peratus pelajar sekolah berada dalam aliran sains seperti ditetapkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dalam Pelan Strategik 2022-2025 tercapai menjelang 2025.

Hajiji berkata pelan itu antara lain dirangka sebagai panduan untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi memperkasakan ekosistem sains, teknologi, inovasi dan economi di Sabah.

“Dengan sasaran ini, adalah menjadi lebih penting bagi Sabah untuk mempunyai institusi pengajian tinggi berkualiti dalam usaha menyediakan kelayakan pengajian tinggi berkaitan STEM yang cemerlang untuk pelajar di negeri ini,“ katanya ketika berucap merasmikan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) cawangan Sabah di sini, hari ini.

Ketua Menteri berkata pembukaan TAR UMT di Sabah adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan berkualiti, yang menjadi antara tiga teras utama digariskan dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji menyambut baik inisiatif pengurusan tertinggi TAR UMT dalam mengembangkan sayap ke Sabah sekali gus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam pembangunan pendidikan termasuk memberi peluang dan pilihan kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa perlu meninggalkan negeri itu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan Sabah telah mewujudkan pelbagai insentif bagi membantu beban kewangan pelajar Sabah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Biasiswa Pelajar Cemerlang Sabah, Biasiswa Pelajar Luar Bandar Cemerlang, biasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta dermasiswa melalui Yayasan Sabah.

“Pada 2022, kerajaan negeri mengutip RM55.7 juta untuk menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah. Sehingga Disember 2023, lebih 2,800 pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan luar negara telah menerima bantuan kewangan daripada TPNS.

“Saya gembira mengetahui bahawa dalam kumpulan penerima ini, 12 daripadanya adalah pelajar TAR UMT,“ katanya.

Ketua Menteri berkata pendidikan adalah tunjang kemajuan serta pembangunan negeri, justeru menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan anak-anak Sabah mendapat pendidikan terbaik kerana modal insan adalah aset paling besar.

“Dengan melabur dalam pendidikan, latihan dan pembangunan kemahiran, kita menyasarkan untuk menyediakan penduduk untuk menghadapi cabaran dan peluang masa depan,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings