Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Saifuddin Nasution adakan pertemuan dengan wakil pengendali APSS

The Sun Webdesk

Menteri Dalam Negeri adakan pertemuan dengan wakil pengendali Sistem Saringan Awal Penumpang bagi perkukuh kawalan sempadan negara.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan pertemuan bersama wakil pengendali Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) dan diberikan taklimat ringkas serta maklum balas tentang pelaksanaan sistem itu. 

Saifuddin Nasution menerusi hantaran di Facebook memaklumkan untuk fasa awal pelaksanaan APSS, sebanyak 10 syarikat penerbangan terlibat bagi menguji keberkesanan sistem saringan awal penumpang sebelum ketibaan di pintu masuk antarabangsa negara.

“Usaha ini sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan sempadan melalui penggunaan teknologi yang lebih pintar dan proaktif demi keselamatan serta kedaulatan negara selari dengan standard antarabangsa,” katanya. 

APSS yang baharu memulakan fasa pertama pada 31 Okt lepas, dilaksanakan oleh KDN bertujuan memperkukuh kawalan imigresen dengan menyaring maklumat penumpang sebelum mereka tiba di negara ini.

Ia membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti individu berisiko tinggi secara awal dan mengambil tindakan proaktif untuk mempertingkatkan aspek keselamatan negara.

Media sebelum ini melaporkan pelaksanaan APSS untuk fasa pertama ini melibatkan 10 syarikat penerbangan antarabangsa utama, antaranya Malaysia Airlines (MAS), VietJet Air (Vietnam), Emirates (Emiriah Arab Bersatu), Scoot (Singapura) dan US-Bangla Airlines (Bangladesh).

Sistem itu kemudian akan diperluas kepada semua syarikat penerbangan antarabangsa pada Mac tahun depan dan mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta piawaian keselamatan global termasuk audit keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

A well-oiled machinery & equipment sector: The silent strength powering Malaysia’s semiconductor manufacturing excellence

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - In the global semiconductor race, the loudest voices don't always belong to those doing the heaviest lifting. While headlines trumpet chip breakthroughs and billion-dollar fabs, Malaysia has been quietly perfecting something far more fundamental: the machinery and equipment that makes it all possible.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img