the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sambutan tahun baharu pemangkin awal kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

Sambutan tahun baharu yang meriah di Kuala Lumpur menjadi pemangkin awal kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, sasar 43 juta ketibaan pelancong.

KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baharu yang diraikan dalam suasana harmoni malam tadi menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan itu mencerminkan keindahan kepelbagaian budaya dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia.

“Moga penganjuran sebegini terus memperkukuh keharmonian dan perpaduan nasional, serta membuka lembaran baharu dalam memposisikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra, inklusif dan dihormati di persada global,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Detik kemuncak sambutan diserikan dengan persembahan multimedia berskala besar dan pertunjukan bunga api di kawasan tumpuan pelancongan.

Kempen TMM 2026 dibuka secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival di Pavilion Kuala Lumpur.

Festival kira detik yang disertai Anwar menandakan permulaan usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara.

Usaha itu menuju sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama pelancong dunia.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories