the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sanjay dan Noor Ainaa raih emas skuasy perseorangan Sukan SEA

Sanjay Jeeva dan Noor Ainaa Amani Ampandi menang emas skuasy perseorangan Sukan SEA 2025, lengkapkan sapuan bersih empat emas untuk Malaysia

PEMAIN skuasy negara Sanjay Jeeva dan Noor Ainaa Amani Ampandi mengukuhkan status sebagai pilihan utama dengan merangkul pingat emas perseorangan lelaki dan wanita di Sukan SEA Thailand 2025.

Sanjay bangkit semula selepas tewas set pertama untuk menewaskan rakan senegara Duncan Lee 6-11, 11-6, 11-5, 11-4 dalam perlawanan akhir selama 52 minit di Kolej Vajiravudh.

Atlet berusia 26 tahun itu gembira menamatkan penampilan sulungnya dalam temasya itu dengan kejayaan.

Beliau turut berpuas hati membalas kekalahan kepada Duncan pada Kejohanan Kebangsaan ke-40 di Pulau Pinang Ogos lalu.

“Perlawanan ini lebih kepada pertarungan mental bagi kami berdua kerana kami kerap berlatih bersama-sama,” katanya kepada pemberita.

Dalam final perseorangan wanita, pemain nombor 59 dunia Noor Ainaa mengetepikan cabaran Yee Xin Ying 11-7, 12-10, 8-11, 11-4 dalam tempoh 35 minit.

Noor Ainaa mengakui tekanan tinggi menjelang perlawanan akhir sebagai pilihan utama dan pemain lebih berpengalaman.

Sanjay dan noor ainaa raih emas skuasy perseorangan sukan sea
Atlet skuasy negara, noor ainaa amani ampandi ketika beraksi menentang rakan sepasukan, yee xin ying dalam acara perseorangan lelaki pada perlawanan akhir skuasy perseorangan wanita sukan sea thailand 2025 di kolej vajiravudh disini harı ini. – bernama

Beliau yang menitiskan air mata selepas saingan berkata kemenangan itu amat bermakna selepas bergelut dengan kecederaan lutut kanan pada musim ini.

Kejayaan itu meningkatkan keyakinannya dan membuka peluang menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa tahun depan.

Keputusan hari ini menyaksikan Malaysia menyapu bersih kesemua empat pingat emas acara skuasy yang dipertandingkan.

Rabu lepas, Malaysia terlebih dahulu meraih dua emas dalam acara jumbo beregu lelaki dan campuran.

Emas pertama hadir menerusi gandingan Harith Danial Jefri-Sehveettrraa Kumar yang menewaskan beregu campuran Filipina.

Harith Danial menambah emas keduanya apabila bergandingan dengan Low Wa Sern mengatasi pasangan Filipina dalam acara jumbo beregu lelaki. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories