the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebar berita palsu vaksin, polis kesan wanita gagal hadir ke mahkamah

IPOH: Polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenali sebagai Liyana Razali kerana gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan susulan mengeluarkan kenyataan tidak benar berkaitan vaksin COVID-19 pada September tahun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek yang beralamat terakhir di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor itu gagal hadir ke mahkamah pada 21 Jan dan tarikh baharu yang ditetapkan pada 10 Feb lepas untuk didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya bahawa dua orang murid telah meninggal dunia akibat suntikan vaksin COVID-19 pada 28 Sept tahun lalu dan siasatan lengkap mendapati ia tidak benar.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya dan arahan telah dikeluarkan supaya penama ini dituduh, namun masih gagal hadir ke mahkamah pada kedua-dua tarikh itu.

“Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada penama. Pihak polis telah membuat pelbagai usaha untuk mengesannya untuk hadir ke mahkamah namun gagal dijumpai dan dihubungi,“ katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Justeru, katanya pihak polis amat mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam untuk mengesan wanita itu bagi tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh DSP Mohd Zulkefly Mohd Mukhtar di talian 012-4336999.

Pada 29 Sept lepas, polis Perak menerima dua laporan berkaitan dakwaan kematian dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini kononnya disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita mendakwa empat pelajar termasuk dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksinasi tular menerusi media sosial sejak 28 Sept.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pelajar perempuan tingkatan lima sekolah itu meninggal dunia pada 18 Ogos lepas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini akibat masalah kesihatan iaitu kencing manis dan positif COVID-19.

Seorang lagi pelajar lelaki tingkatan lima sekolah berkenaan pula meninggal dunia pada 17 Sept lepas di hospital sama akibat penyakit jantung berlubang.

Kedua-dua pelajar itu belum menerima suntikan vaksin COVID-19 dan kematian mereka disahkan sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja di Perak yang bermula pada 20 Sept lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings