the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebutir bom lama dijumpai di kawasan rekreasi Sungai Kedondong

KUALA LUMPUR: Sebutir bom lama dijumpai di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali – Genting Highland, dekat sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata bom lama dianggarkan seberat 50 kilogram itu dijumpai oleh seorang lelaki tempatan bersama rakannya ketika sedang memancing di air terjun di kawasan berkenaan pada 2 petang.

Beliau berkata lelaki yang merupakan seorang peniaga itu telah membuat laporan pada 4.43 petang semalam dan hasil siasatan pihak polis mendapati ia adalah bom lama yang telah tertanam di dalam tanah kawasan tebing sungai dan tidak aktif.

“Bom lama ini telah dijatuhkan dari kapal terbang semasa perang Jepun. Ukuran lilitan bom tersebut adalah 42 inci (106.68 sentimeter) serta panjangnya berukuran 42 inci.

Sepasukan Unit Bom Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah mengambil tindakan untuk memusnahkan bom tersebut, pukul 2.50 petang hari ini,“ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang dan sebarang maklumat pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings