the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 26, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Selangor catat kutipan hasil RM3.02 bilion, tertinggi dalam lima tahun

Selangor catat kutipan hasil negeri RM3.02 bilion pada 2025, mengekalkan tren peningkatan lima tahun dan kekal peneraju penciptaan pekerjaan pelaburan.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM3.021 bilion pada 2025.

Pencapaian itu menandakan peningkatan konsisten selama lima tahun berturut-turut.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pencapaian bersejarah melepasi paras RM3 bilion itu mencerminkan prestasi kewangan negeri yang kukuh.

“Ini adalah konsistensi dicapai melalui kutipan hasil, hasil daripada kerja jitu, warga kerja bekerja dengan bersungguh-sungguh dan juga kreativiti pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata momentum kukuh bermula pada 2021 dengan kutipan RM2.28 bilion melebihi sasaran RM2.2 bilion.

Pada 2022, kutipan mencecah RM2.53 bilion berbanding sasaran RM2.05 bilion.

Prestasi itu berterusan pada 2024 dengan kutipan RM2.867 bilion memenuhi sasaran RM2.2 bilion.

Sasaran RM2.3 bilion untuk 2025 pula dilepasi dengan lebihan hampir RM700 juta.

Amirudin merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera pentadbiran negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian.

Beliau turut mengumumkan prestasi pelaburan negeri yang memberangsangkan.

Sehingga September 2025, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan melebihi RM51 bilion.

Negeri itu kekal sebagai pencipta peluang pekerjaan paling banyak dengan hampir 44,000 jawatan.

“Angkanya 43,998, berbanding dengan Kuala Lumpur 43,900, Pulau Pinang 19,700 dan Johor 14,492…ini bermakna pelaburan-pelaburan kita (Selangor) berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri akan memantau kira-kira 3,500 individu setiap enam bulan bagi menoktahkan miskin tegar.

Pemantauan melibatkan mereka yang berdepan kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan atau isu pendapatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories