the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor teliti polisi Pulau Pinang larang warga asing jadi tukang masak di gerai penjaja

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneliti polisi yang dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang yang melarang warga asing untuk bekerja sebagai tukang masak di gerai penjaja.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor Datuk Ng Suee Lim berkata ia merupakan satu langkah kawalan awal untuk memastikan warga asing tidak berterusan menjaja tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu sukar dilakukan ketika ini memandangkan jumlah penduduk Selangor yang ramai iaitu melebihi tujuh juta orang.

“Apabila kita laksana perkara sedemikian, akan ada banyak pengusaha yang bakal protes, kenapa tidak boleh (dibenarkan warga asing jadi tukang masak).

“Jadi, cadangan ini kita akan teliti dan rujuk dengan kerajaan Pulau Pinang dari segi bagaimana pelaksanaan mereka dan kalau sesuai, kita akan cuba laksanakan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Ng menjawab soalan tambahan Chua Wei Kiat (PH-Rawang) yang mencadangkan Selangor mengikut langkah dilakukan Pulau Pinang yang melarang warga asing bekerja sebagai tukang masak di gerai penjaja.

Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini telah menguatkuasakan larangan bagi warga asing untuk bekerja sebagai tukang masak utama di gerai penjaja mulai 1 Jan 2016.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings