the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
20.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Semua pihak perlu patuhi prosedur jika terlibat program di sekolah

Timbalan Menteri Pendidikan tekankan mana-mana pihak, termasuk ahli politik dan pempengaruh, mesti ikut garis panduan KPM untuk program di sekolah.

IPOH: Mana-mana pihak sama ada ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang kenamaan termasuk pempengaruh media sosial yang menghadiri sebarang program di sekolah perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri boleh mempertimbangkan sesiapa pun untuk menghadiri program di sekolah berdasarkan input yang diperoleh daripada pihak sekolah.

“Apa yang penting adalah apa-apa aktiviti atau program yang kita laksanakan di sekolah ini perlulah memastikan ia memberi manfaat kepada anak-anak kita. 

“Pada masa yang sama, kita nak pastikan segala garis panduan itu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penyerahan papan pintar interaktif (smartboard) kepada 83 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak membabitkan peruntukan berjumlah RM984,000 di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video dimuat naik seorang pempengaruh yang memaparkan dirinya merasmikan satu majlis anugerah di sebuah sekolah di Kedah.

Bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang berpendapat pempengaruh berkenaan tidak layak menjadi perasmi bagi majlis di sekolah tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories