JKTU JAIM terima peletakan jawatan setiausaha masjid yang terlibat dalam video tidak senonoh, serahkan siasatan kepada polis.
MELAKA: Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU) Masjid Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menerima surat peletakan jawatan seorang setiausaha masjid.
Setiausaha itu meletak jawatan berikutan perbuatannya menonton video tidak senonoh yang tular.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata mesyuarat JKTU memutuskan untuk menerima peletakan jawatan tersebut.
“…dan dengan itu, perkhidmatan beliau selaku setiausaha masjid dan pengerusi surau yang merupakan lantikan JAIM ditamatkan,” katanya.
Rahmad berkata pihaknya dimaklumkan laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat.
Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Rahmad menasihati orang ramai agar tidak terus membangkitkan isu berkenaan.
Tindakan ini adalah demi meredakan keadaan serta menjaga kemaslahatan umat Islam.








