the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sindiket curi kabel TM ditumpas, tujuh lelaki ditahan di Setapak

Polis tumpas sindiket curi kabel Telekom Malaysia dengan tangkapan tujuh lelaki di Setapak, kerugian dianggarkan RM300,000

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kabel Telekom Malaysia yang aktif di sekitar ibu kota dengan penahanan tujuh lelaki warga tempatan.

Penahanan dibuat dalam dua serbuan berasingan di Setapak pada Selasa lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kumpulan itu dipercayai aktif sejak setahun lepas.

Beliau menganggarkan syarikat telekomunikasi tersebut mengalami kerugian sekitar RM300,000.

“Serbuan pertama di kawasan Setapak pada jam 5 pagi Selasa lepas melibatkan enam lelaki tempatan ditahan ketika sedang memotong kabel bawah tanah,” katanya dalam sidang media.

Mereka tidak mempunyai sebarang kebenaran atau permit untuk menjalankan pekerjaan daripada pihak TM.

Susulan siasatan, polis menyerbu sebuah lagi lokasi pada jam 1.15 tengah hari semalam.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga tempat tersebut berjaya ditahan.

“Lokasi itu dipercayai dijadikan tempat memproses kabel curi,” jelas Mohamad Lazim.

Polis merampas 30 batang sarung kabel yang telah dipotong pendek, enam keping pembalut aluminium dan segumpal wayar tembaga dengan anggaran berat 10 kilogram.

Siasatan mendapati kumpulan itu akan mengenal pasti lurang milik TM sebelum meletakkan kon di kawasan sekitar.

Tindakan itu memberikan gambaran seolah-olah mereka sedang menjalankan kerja penyelenggaraan.

Sebahagian suspek akan masuk ke dalam lurang untuk memotong kabel manakala sebahagian lagi menggunakan lori untuk menarik kabel keluar.

Kabel yang dipotong kemudian dibawa ke lokasi pemprosesan, biasanya berdekatan tapak pembinaan.

Kabel tersebut dibakar bagi mengasingkan tembaga sebelum dijual ke kedai barangan lusuh.

Harga jualan dianggarkan sekitar RM16 sekilogram.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 42 tahun kini direman antara satu hingga tiga hari.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories