the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skuad kuadran sepak takraw siap pelan B untuk Sukan SEA 2025

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara bersedia dengan pelan B sekiranya beberapa tonggak utama bagi acara kuadran tidak sempat pulih untuk beraksi pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember ini.

Ketua Jurulatih Ahmad Jais Baharun memaklumkan pemain seperti Mohamad Azlan Alias, Farhan Adam dan Norfaizzul Abd Razak kini sedang menjalani rawatan di Institut Sukan Negara.

Keadaan ini memberi sedikit tekanan kepada persiapan akhir pasukan itu.

Beliau berkata mereka masih meneruskan latihan persiapan untuk memantapkan pemain dari segi serangan dan pertahanan.

Dari segi persiapan akhir, beliau berharap pemain terus fokus dan mengelak kecederaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pelan B yang dimaksudkan ialah dengan memulakan latihan simulasi untuk pemain baharu bagi acara kuadran.

Selain itu, pemain akan berangkat ke Ratchaburi, Thailand pada 19 hingga 24 November untuk mengadakan perlawanan ujian menentang bekas pemain kebangsaan Thailand.

Mengenai sasaran pada Sukan SEA 2025, Ahmad Jais sedia maklum akan sasaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia yang mahu dua emas dibawa pulang.

Sasaran tersebut adalah melalui acara regu lelaki dan kuadran lelaki. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories